Insurans Marin Wajib
Penghantaran kenderaan melalui laut mempunyai risiko tersendiri. Perlindungan insurans marin daripada penanggung insurans berlesen adalah wajib untuk setiap penghantaran — ia tidak termasuk dalam harga penghantaran dan disebut harga berasingan.
Perlindungan Asas (Standard)
Pilihan perlindungan asas. Hanya melindungi jika kenderaan musnah sepenuhnya (kapal karam/terbakar).
- Kapal Karam / Tenggelam
- Kebakaran Besar di Kapal
- Calar & Kemek Kecil
- Kehilangan Aksesori
Perlindungan Menyeluruh
Perlindungan marin yang kami uruskan melalui Ventura Trans & Services (M) Sdn Bhd secara rakan kerja dengan Tokio Marine Malaysia. Faedah merangkumi kebakaran/letupan, kapal karam/terkandas, kemalangan semasa pelayaran, pemunggahan kecemasan, General Average, Jettison dan kos penyelamatan.
- Semua Faedah Total Loss
- Kerosakan Fizikal (Kemek/Pecah)
- Cermin Pecah Semasa Transit
- Kecurian Kenderaan
Apa Yang TIDAK Dilindungi?
Walaupun anda mengambil insurans All-Risk, terdapat pengecualian standard (exclusion clause) dalam polisi marin:
- Barangan Peribadi: Sebarang barang (baju, beg, elektronik) yang diletakkan dalam kereta adalah atas risiko sendiri. Insurans tidak cover kehilangan barang peribadi.
- Kerosakan Mekanikal: Kerosakan enjin, gearbox, atau bateri yang bukan berpunca daripada kemalangan luaran tidak dilindungi.
- Kecatatan Sedia Ada: Kerosakan (calar/kemek) yang telah direkodkan dalam borang pemeriksaan (Vehicle Condition Report) sebelum serahan.
Cara Pengiraan Premium
Insurans marin adalah wajib untuk setiap penghantaran, tetapi harga penghantaran kami tidak termasuk insurans marin — premium disebut harga berasingan.
Premium dikira berdasarkan nilai pasaran kenderaan (market value), bukan nilai polisi insurans sedia ada.
Bawah RM41,000: RM104 tetap (premium RM50 + 8% SST RM4 + duti setem RM10 + caj perkhidmatan RM40).
RM41,000 ke atas: (nilai pasaran × 0.00120) + 8% SST + duti setem RM10 + caj perkhidmatan RM40.
Premium disahkan bersama sebut harga penghantaran anda.